Trip ni aku buat secara solo pada bulan febuari 2018 selama 10 hari dan sempat cover Delhi, Agra, dan Kashmir. Dan kali ini, aku akan bagi panduan dan tips-tips macamana cara untuk explore India tanpa menggunakan travel agent. Sebenarnya mudah ja, mahu atau tidak itu terpulang pada kamu.
Warganegara Malaysia yang ada perancangan ke India wajib untuk meng-apply visa. Boleh apply secara manual di Embassy India(Leboh pasar,KL depan Agro bank) atau buat sendiri melalui online E-Visa. Bagi yang tinggal di luar Kuala Lumpur, aku galakkan untuk buat online E-Visa saja.
UPDATED JULY 2018: harga terkini Visa India jika apply secara manual di embassy RM463 (valid untuk setahun) manakala online E-Visa 80USD/ RM320 (valid 4 bulan) . E-Visa boleh register online di link ni indianvisaonline.gov.in/evisa/. Antara dokumen penting yang perlu ada ialah softcopy gambar mukadepan passport, softcopy gambar berukuran passport(background putih, dalam format JPEG), dan debit/kredit kad untuk pembayaran. Lepas apply, dalam 2-3 hari kamu akan dapat e-mel dan sila print file tu untuk proses melepasi immigration di airport India nanti.
TOTAL BAJET RM1231 (Tidak termasuk Makan Minum Shopping)
1) Flight: RM533
- KUL-DEL-KUL (MAS airlines) : RM98 (Redeem Tiket MAS Enrich)
- DEL-SXR (Air Asia) : RM180
- SXR-DEL (INDIGO airlines) : RM255
2) Transportation: RM240
3) Hostel: RM156
4) Lain-lain (Enterance fee/ Gondola/ Ski board rental/Pony ride): RM342
5) E-Visa: 50USD / RM200
BTW, currency rate waktu tu lebih kurang dalam 100 INR = RM0.60 atau RM1 = 17 INR
Okay, sebelum kita bincang apa yang perlu ada dalam itinerari ke India, aku ada 5 tips penting untuk dihadam dan wajib tahu sebelum sampai ke India.
5 TIPS PENTING SEMASA DI INDIA
1) Jaga Kesihatan.
2) Hati-hati dengan scammers.
3) Tawar-menawar.
4) Cara Pemakaian.
5) Kenali Budaya, Bahasa dan Makanan tempatan India.
- 70% travellers yang aku jumpa mengalami keracunan makanan sepanjang di sana. Ada yang muntah, cirit birit, sakit perut hinggakan hampir batalkan niat untuk sambung travel. sebab tu kita digalakkan untuk ambil vaksin typhoid dan hepatitis A sebelum ke India.
2) Hati-hati dengan scammers.
- Antara scam yang popular di India yang wajib kita tahu ialah di Delhi train station, di mana seorang pemuda akan bagitahu 'tiket train sudah habis' atau 'perjalanan train kita dibatalkan' dan akan mengajak kita ke ofisnya untuk membeli tiket baru. Ini adalah taktik travel agent. Selain itu, sila berhati-hati dengan 'money scam'. terutama bila kita membayar dengan matawang yg besar spt rs2000. dorang akan bagi jumlah baki yang salah atau menukar dengan wang palsu dan meminta duit pada kita untuk kedua kali.
3) Tawar-menawar.
- Benda ni subjektif, kena ada skill juga. Contohnya di Kashmir, sila tawar harga untuk pony ride kurang separuh dari harga yang pertama diberitahu. Di Agra, tawar harga tuk-tuk amat penting. dan secara umumnya, sila tawar harga ketika membeli ole-ole. Janganlah pula kita gunakan skill tawar-menawar di gerai makan yang sudah terang-terang ada harga di menu.
4) Cara Pemakaian.
- Memandangkan di India kebanyakan attractions yang utama adalah tempat ibadat atau makam-makam spt Taj Mahal, Qutb Minar, Jama' masjid, dan Golden Temple, sila pakai pakaian yang tidak menjolok mata dan menghormati budaya dan agama di sana.
5) Kenali Budaya, Bahasa dan Makanan tempatan India.
- Kenal pasti sensitiviti untuk setiap tempat yang akan kita lawati. Contohnya di Kashmir, jangan sewenangnya tanya mengenai kemerdekaan Kashmir.
- Perkataan hindi basic at least kena tahu (namaste=hello), (shukriya /dhanyavaad=thank you), (aap kaise hai= how are you?), (achhaa= good), (ye kitnai ka hai= how much is this?), dan belajar sedikit angka nombor untuk jual beli pun sudah memadai. baru lah feel macam local bosku!
- Lain bandar lain makanan lokalnya. Antara makanan lokal yang aku galakkan kamu cuba ialah Nasi briyani(di Kashmir paling terbaik), Puri chowla, Sate kambing Kashmiri, Jalebi, ayam tandoori dan macam-macam lagi.
Sampel Itinerari Travel ke India
( Agra - Delhi - Srinagar)
Day 1 Delhi
- Tiba di Delhi international airport (Terminal 3). Dari airport, naik metro(60rs/rm3.50) ke stesen new delhi.
- Hari pertama ke Qutub minar(500rs), Humayyun's Tomb(500rs), dan Dargah Hazrat Nizamuddin(free).
- Naik train Stesen Hazrat Nizamuddin- Agra Cantt jam 2045-2249. Sampai di Agra, naik Tuk-tuk ke Hostel (100rs).
- Di Agra, Stay 2 malam di Rainbow Hostel (200rs/RM12 per night, Dorm, free wifi, lokasi 1km dari enterance Taj Mahal,dan agak jauh dari Train station).
Day 2 Agra
- Hari kedua ke Agra Fort(500rs), Masjid Jamia(free), Ittimad Ad-Daulah(200rs), dan Mehtab Bagh(200rs).
- Aku dapat harga tuk-tuk dalam 280rs untuk perjalanan Taj Mahal-Agra Fort-Ittimad Ad-Daulah-Mehtab Bagh dan balik ke Hostel.
Day 3 Agra
- Selepas subuh, terus bergerak ke Taj Mahal(1000rs).
- Jam 1 pm, naik bas awam(227rs) ke Delhi.
- Stay 1 malam di The new backpackers Hostel (RM24/350rs per night, Dorm, free wifi, dekat main train station, makanan halal).
Day 4 Delhi
- Red Fort(5oors), Masjid Jama(300rs), Chandni Chowk, dan India Gate.
- Dari main train station, naik metro(60rs) ke New Delhi Airport Terminal 3.
- Bermalam di Airport New Delhi Terminal 3.
Day 5 Srinagar
- Flight DEL-SXR jam 7am - 9.20am.
- Tiba di Airport Srinagar(SXR). Isi dan daftar borang kemasukan pelancong. Dapat free ride ke Bandar Srinagar daripada lokal.
- Hari pertama just jalan sekitar bandar untuk bertanyakan cara ke Gulmarg, Pahalgam, dan Sonamarg menggunakan pengangkutan awam.
- Stay 4 malam di Hotel German Kashmir (rs360/RM21 per night, 1 bilik dan boleh duduk berdua, free wifi, lokasi mukhayyam tidak jauh dari Dal Gate). Recommended!
Day 6 Gulmarg
- 7 am, keluar guesthouse dan tahan bas awam dari Mukhayyam ke Batamaloo. Then, naik sharing teksi sumo dari Batamalo ke Tangmarg(80rs). Turun dan naik teksi sumo lain yang menghala ke Gulmarg(40rs). Bayangkan total return trip Srinagar-Gulmarg cuma 240rs/RM14.50!
- Tiba di Gulmarg, Jalan kaki 1km ke enterance gondola. Naik gondola ke Apharwat peak(940rs).
- 7 am, keluar guesthouse dan tahan bas awam dari Mukhayyam ke Dal gate. Then, naik teksi sumo dari Dal gate ke Anantnarg(nama lain Islamabad) harga 90rs. Turun dan naik teksi sumo lain yang menghala ke Pahalgam(80rs). Total return trip Srinagar-Pahalgam 340rs/RM20.50!
- Pony ride untuk ke 5 tempat (1000rs/RM60).
- On-the-way balik singgah ke Aishmuqam salah satu tempat penggambaran Bajrangi Bhaijan.
Day 8 Gagangir/Sonamarg
- 7 am, keluar guesthouse dan tahan bas awam dari Mukhayyam ke Soura. Then, naik teksi sumo dari Soura ke Kangan(80rs). Turun dan naik teksi sumo lain yang menghala ke Sonamarg(70rs). Total return trip Srinagar-Gagangir cuma 300rs/RM18!
- Memandangkan Sonamarg tutup pada bulan disember-april, alternatif lain adalah Gagangir iaitu 10km sebelum Sonamarg. Pemandangan sepanjang ke Gagangir pun sangat cantik!
Day 9 Gulmarg
- 8 am, naik teksi sumo dari Batamaloo-Tangmarg-Gulmarg(120rs sehala).
- Sewa peralatan ski(400rs). Naik gondola ke Phase 1(370rs).
- Bermalam di Hostel Kings Throne (rs270/RM16 per night, Houseboat di tengah Dal lake, 1 bilik dan boleh duduk berdua, free wifi, boleh add-on dinner).
Day 10 Srinagar
- Mughal garden(30rs), Hazrat Bal(free) dan Pari Mahal(10rs).
- Dari Bandar Srinagar, naik tuktuk ke airport(300rs).
- Flight Indigo airlines SXR-DEL jam 1705-1850.
- Flight Mas airlines DEL-KUL jam 2310-0700.
Tips:
1) Ada 2 cara untuk ke Agra dari Delhi.
Pertama, Train dari Stesen New Delhi atau Stesen Hazrat nizammuddin. Harga berbeza mengikut jenis train dan kelas dan perjalanan cuma 2-3 jam sahaja. basically harga untuk First class (rs1200++), 2nd class (rs700++), 3rd class (rs490++), dan tanpa seat pula (rs140++). Kedua, Bas. Bas Volvo A/C (500rs), Bas Volvo non A/C (350rs), dan Bas awam non A/C pula (227rs). Bas Volvo kebanyakannya dijual oleh travel agent dan jarak perjalanan lebih cepat berbanding bas awam.

2) Untuk explore bandar Delhi, aku prefer guna bas awam(boleh guna google map untuk reference) dan metro. Kita hanya perlu bayar rs10 untuk bas awam tapi sesak sikit lah. Kalau kamu ramai, boleh la guna tuk-tuk. Tapi sila tawar harga juga. Dan elakkan guna teksi ya kalau tidak mahu ditipu.
3) Attractions di Delhi:
- Qutb minar
- Dargah Hazrat Nizamuddin
- Humayyun's tomb
- Jamaa' masjid
- India Gate
- Red Fort
- Chandni Chowk
- Lotus temple.
Tips:
1) Pengangkutan utama di sini adalah Tuk-tuk. Tiada public bas. Di sinilah kita kena gunakan skill tawar menawar sehabis boleh. Hari tu aku bayar dalam 280rs/RM17 dari Taj Mahal-Agra Fort- Ittimad Ad daulah-Mehtab Bagh pergi dan balik. Better guna tuk-tuk yang berlainan dari satu tempat ke satu tempat.
2) Attractions di Agra:

- Taj Mahal.
- Agra Fort.
- Ittimad Ad Daulah.
- Mehtab Bagh.
- Jamaa' Masjid.
- Akbar Tomb&Sikandra Fort.
| ||||||||
| ||||||||
|
| |||||||
|
|
|
- Tiba di Airport Srinagar(SXR). Sila isi dan daftar borang kemasukan pelancong. Dari airport, boleh naik sharing teksi sumo ke bandar Srinagar dgn harga 100rs per head. Kalau private teksi 720rs per teksi.
- Attractions di Bandar Srinagar:
1) Hazrat bal
2) Jamia mosque
3) Dal lake
4) Mughal garden
5) Roza bal shrine(Jesus christ tomb mengikut kepercayaan sesetengah org kashmir)
6) Makam Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani
7) Shankaracharya temple(Srinagar city view)
8) Khanqah Shah e hamadan mosque(oldest mosque)
9) Pari mahal(Srinagar city view). - Pahalgam: Kashmir valley, Dabyan, dan Baisaran(mini Swiss) antara tempat menarik di sini. Aru Valley dan Betaab Valley agak jauh dan perlu menaiki teksi sumo lagi sekali.
- Gulmarg: Tempat main salji, ski, dan snowboarding. Naik gondola ke phase 1 Kungdoor(740rs 2 ways trip) dan phase 2 Apharwat Peak(950rs for 2 ways trip). Musim summer boleh hike ke Alpather lake.
- Sonamarg: Thajiwas glacier adalah tarikan utama di sini.
Tips:
1) Untuk meng-explore bandar Srinagar, aku galakkan untuk kamu naik Bas henti-henti. cuma perlu bayar 10rs/RM0.60 sahaja sekali naik, yang penting tahu ke mana arah destinasi kamu ya. Antara laluan common di sekitar Srinagar adalah Dal gate/ Hazrat Bal/ Batamaloo/ Soura.
2) Untuk yang berbackpack, jangan terus bermalam di houseboat. Aku galakkan tinggal beberapa hari di area Dal gate atau Mukhayyam. Hari terakhir baru bermalam di houseboat. Kenapa? untuk memudahkan pergerakan kamu dan senang cari makan di restoran tempatan. Houseboat ni lokasinya di tengah tasik, dan kamu perlu tunggu dan bayar cas bot untuk turun naik ke darat.
3) Makanan di sini memang halal ya kawan-kawan. 90% populasi di Kashmir adalah muslim.
4) Orang Kashmir suka kalau kita bagi mereka tips. Bagi lah berapa-berapa asal ikhlas.
5) Lagi sekali utk yg berbackpack dan berhasrat untuk explore Kashmir dengan pengangkutan awam, sila buat research sikit mengenai peta kashmir. At least tahu di mana lokasi Pahalgam, Sonamarg, Gulmarg, dan tahu di mana tempat untuk tunggu sharing teksi sumo.
6) Sekurang-kurangnya 5 hari diperlukan untuk explore Kashmir. 1 hari di Srinagar, 1 hari di Sonamarg, 1 hari di Pahalgam, 1 hari di Gulmarg, dan 1 hari untuk urusan pergi dan balik ke airport.
7) Jalan ke Sonamarg tutup pada musim winter (bulan Disember hingga April), jadi alternatif pada bulan winter adalah Gagangir, 10km sebelum Sonamarg. Jangan risau, pemandangan still superb!
8) Di Gulmarg, untuk yg betul-betul serius mahu main snowboarding atau ski, sila sewa di bawah ya sebelum naik gondola. Sewa sehari Harga dalam 300-400rs sahaja termasuk ski dan boots. Kalau sewa di phase 1 lebih mahal, tapi kalau mahu action bergambar-gambar tu tiada masalah.
9) Di Pahalgam, sila tawar harga pony ride ya. dorang akan buka harga dalam rs2000++/RM120, so kalau tawar dapat bawah rs1000++/RM60 sudah kira terbaik.
10) Aku galakkan untuk gerak ke Pahalgam/Sonamarg/Gulmarg selepas subuh(dalam jam 7 pagi). Dan sila atur masa dengan baik iaitu balik sebelum jam 4 petang, takut terlepas teksi sumo di setiap connecting city.
11) Elakkan beli souvenir di dalam houseboat. sebenarnya sangat mahal walaupun sudah diskaun. Aku dapat souvenir/keychain/fridge magnet murah di kedai berhampiran Hazrat bal. boleh rujuk gambar di bawah area Srinagar ya!

Srinagar
|
|
| ||||||
|
|
|
|
|
|
|
| |||||||
|
|
| ||||||
|
|
| ||||||
| ||||||||
|
|
|
Gulmarg
Kungdoor Phase 1. |
Pahalgam
Pahalgam. |
|
|
| ||||||
|
|
|
Gagangir
| ||||
| ||||
| ||||
- T A M A T - |