Bosnia, Negara Islam di Timur Eropah!

Blagaj Tekka, Bosnia.



Sedikit info tentang Bosnia&Herzegovina. 



  • Negara Islam.

  • Terdiri daripada bosniaks(muslim), bosnian croats(Roman Katolik),dan bosnian serbs(Ortodoks).

  • 1 Euro = RM4.50 = 2 km (Bosnian marks).

  • Waktu di Bosnia 6 Jam lambat dari Malaysia.

  • Bandar yg selamat

  • Di sini pernah terjadinya perang antara Bosnia,Croatia,dan Serbia pada 1992-1995.

  • Pernah dijajah oleh Khalifah Uthmaniyyah, Austria-Hungarian, dan Komunis Yugoslavia (Josip Broz Tito).

  • Bahasa bosnia. Thank you = Hvala. You're welcome = Nema Na Cemu. Where is? = Gdje je?. Goodbye = Cao.


                                                SARAJEVO


  • dari Zagreb, saya ke Sarajevo naik bas malam dgn harga 25 euro. Perjalanan dari jam 10 malam dan sampai sarajevo tepat jam 6 pagi. 
  • Tram no.1 dari bus/train station-old town. boleh beli tiket di kedai runcit kecil tepi jalan dgn harga 1.60 km one way.

  • Harga souvenir disini serendah 3km.

 

Bascarsija(Old town bazaar) & Sebilj Fountain(mata air).

Sebilj Fountain merupakan simbol kepada Sarajevo. A legend says: "Whoever drinks water from any of Sarajevo’s fountains and spouts will come to Sarajevo”. The Sebilj Fountain was built in 1753.



Museum of Crimes against Humanity&Genocide 1992-1995.

Lokasi di ferhadija17 berdekatan sacred heart cathedral. Buka setiap hari dgn harga masuk 5km. kalau minat ttg sejarah perang di bosnia tempat ni mmg wajib. tolong sedia tisu sebelum dtg sini.


Sejarah Yugoslavia.

Kawasan2 Konflik di Bosnia.



Salah satu kisah menyayat hati tentang seorang ibu yg menyaksikan org2 yg disayanginya mati dibunuh di depan mata.


Masjid Gazi Husrev-beg.

dibina pada abad ke-16. merupakan masjid paling besar di Sarajevo dan salah satu contoh struktur zaman Khalifah Uthmaniyyah.

Pemandangan tenang dalam Masjid Gazi Husrev-bey

Masjid Emperor. Masjid tertua di Sarajevo.

Tasli han.

Lokasi di Old town Sarajevo. merupakan tanah wakaf oleh Gazi Husrev-bey dan terdapat fountain,masjid,storage rooms, dan kedai2.



Yellow bastion.

20 minit jalan kaki dari Old town Sarajevo. Salah satu tempat untuk menikmati panorama bandar Sarajevo.




Sacred Heart Cathedral.


Sarajevo Synanogue.

Dibina pada 1902 dan Bukti bahawa terdapat penempatan yahudi di Sarajevo.


St. Anthony Franciscan monastery and church.



Free walking tour.

Wajib join kalau mahu tahu lebih tentang sejarah Sarajevo. nama guide ni Neno dan sangat knowledgable. Meeting point pada jam 10.30am di sarajevo national theater & 4.30pm di insider bersebelahan muzium sarajevo. Walking tour ni akan ambil masa dalam 2 jam stgh.



  • Semua tempat menarik di atas berada di sekitar old town dan jarak in walking distance. Untuk tempat menarik di luar Old town Sarajevo pula, boleh ke Tunnel of hope & Vrelo bosne. Tunnel of hope merupakan terowong yg dibina ketika perang bosnia 1992-1995 berukuran 800  meter panjang dan tinggi 1.5 meter. Vrelo bosne pula ialah sebuah taman awam yg mempunyai pemandangan yg cantik dgn sungai yg jernih dan pokok2 yg unik.



Pekara(Bakeri). Boleh try Burek & Strudla di sini.





Burek Cheese. Harga bergantung kepada berat makanan yg kita ambil. Makanan local selain daripada ini ialah Cevapi.

Ayam Golek separuh, harga dalam 6km.



Restoran Chipas.

Menu semuanya Chicken & Pasta. Most recommended kalau dtg sini. Lokasi di sebelah Sacred Heart Cathedral. Price 4.5km.






                                               MOSTAR

  • Dari Sarajevo, saya naik bas ke Mostar dgn harga 20km. bayar 2 km untuk letak backpack.
  • Harga souvenir serendah 3km di Mostar old town dan Pocitelj. Paling murah boleh dapat di Blagaj dengan harga serendah 2km.
  • Kebiasaanya, tourist akan ambil pakej tour di sini untuk ke blagaj, pocitelj, dan Kravice waterfall. Harga pakej saya kurang pasti. Ada juga yg ambil pakej tour pulang balik dari Dubrovnik.

Stari most(Old bridge), Mostar.






1993 menyaksikan runtuhnya old bridge mostar yg di bom oleh tentera Croatia.

Pemandangan Old town Mostar.





Breakfast di Hostel Mirror. 16km satu malam. very recommended. Owner mmg peramah, sampai saja terus disambut dgn jus buahan dan manisan.







Main mosque in Mostar, Karadzobeg Mosque.
pernah di bom ketika perang bosnia-croatia.

Pemandangan dari Masjid Koski Mehmed Pasha, Mostar. naik ke minaret tdk silap saya harga dalam 3 km.



Juga pemandangan daripada Masjid Koski Mehmed Pasha.



Blagaj Tekke.

7km dari Mostar. Cara untuk ke sini naik bas warna kuning no 10 di hadapan stesen bas mostar. harga 2km. dan harga masuk ke dervish house ini pula 2km.

Bersama Prof. Abdurrahman dari Dubai merupakan bekas pensyarah Ekonomi di Amerika,UK,dan Dubai. Untung kena belanja makan ikan fresh dan salad.

Buah tin atau 'fig' dalam english. Buah yg disebut di dalam Al-Quran. Wajib try kalau datang sini.

Bergambar bersama penduduk tempatan Blagaj. Blagaj merupakan perkampungan muslim.


Pocitelj, Capljina.

Sebuah perkampungan muslim sejak zaman Khalifah Uthmaniyyah. 30 kilometer dari Mostar.






Pemandangan dari belakang fortress di Pocitelj.

Masjid Sisman Ibrahim Pasha. Juga pernah dibom oleh tentera Croatia.


Beginilah struktur dalaman Masjid sisman ibrahim Pasha setelah renovation.




The locals di Pocitelj sangat friendly.



No comments:

Post a Comment