18 December 2017

Tips travel ke Switzerland



Sesiapa saja yang pernah menjejak kaki di kota Swiss pasti akan ternganga melihat kecantikan bandar yg dikelilingi tasik dan gunung-ganang yang diliputi salji. Switzerland merupakan antara tempat idaman bagi setiap traveller. orang bilang, at least sekali seumur hidup lah mesti pegi sini. 

Namun, tidak semudah seperti bermain 'dam haji' untuk kita meng-explore swiss lagi-lagi yang mempunyai bajet yang terhad. Kalau tujuan utama kita ke Swiss untuk melihat keindahan alam semulajadi dan bukannya muzium, tiada enterance fee yg perlu dibayar sebabnya sudah termasuk dalam 'public transportation' seperti keretapi mahupun kereta kabel.

Masalah utama kebanyakan para traveller adalah dalam memilih 'train fare' mana yang paling sesuai sepanjang di sana. So, di bawah ni aku buat jadual  untuk compare mana satu train fare yg paling sesuai digunakan mengikut destinasi-destinasi yang dirancang untuk dilawat. untuk trip ni, kami gunakan 'Half fare pass'. boleh tengok total harga dan banding dengan 'swiss pass' dan 'harga biasa' yg mana kami dapat jimat lebih 100++ CHF. ini sekadar contoh saja, kamu boleh buat jadual macam ni dan banding sendiri mengikut destinasi pilihan itinerari kamu.

Untuk melihat jadual masa train boleh rujuk:

https://www.sbb.ch/en/home.html.



Please note harga tertakluk mengikut cas semasa
(jadual ni dibuat pada bulan disember 2016).

Swiss train Routes(oneway)
Jadual masa
Harga biasa
Half fare pass for 1 month(120 CHF)
Swiss pass 8 days(363CHF adults 309CHF youth)
Zurich-Luzern
50m journey
Every 30mins gap

25 CHF
12.50 CHF
Free
Luzern-Grindelwald (train change at interlaken)
2h34m journey
every 1h gap

Start from 7pm(2 trainchanges)

43 CHF
21.50 CHF
Free
Grindelwald-Lauterbrunnen (change at Zweilutschinen) return

1h journey
Every 30mins gap

9 CHF + 9 CHF
4.50 CHF + 4.50 CHF
Free
Lauterbrunnen-Grutschalp-Murren-Schilthorn-Stechelberg
(Roundtrip tickets By cable car)
Murren-Schilthorn-Ginmelwald-Stechelberg
Courses every 30 mins from 7.55 am to 3.55 pm. Last descent ride from schilltorn at 4.55 pm.

114.20 CHF
57.10 CHF
41.10 CHF
Grindelwald-
Jungfraujoch (change at Kleine Scheidegg) return
1h35m journey
Every 30 mins gap

92 CHF + 92 CHF
46 CHF + 46 CHF
126 CHF return trip
(50% discount to Kleine Scheidegg
Then, 25% to jungfraujoch)
Grindelwald-
First(return cable car)

66 CHF
30 CHF
50% discount
Grindelwald-Bern(Change at interlaken OST)
1h33m journey
Every 1 hour gap
39 CHF
19.50 CHF
Free
Bern-Geneva
1h44m journey
Every 30 mins gap

50 CHF
25 CHF
Free






Total price

539.20 CHF
266.60 + 120 = 386.60 CHF
560.10 CHF adult
506.10 CHF youth



Train 2 tingkat di Switzerland


Train Interlaken - Grindelwald.

Bagi aku, trip Do it yourself (DIY) lebih murah berbanding pakej tour. Paling penting, lebih mencabar dan kesudahannya pasti membuahkan senyuman dan memberi banyak memori yang sukar dilupakan.

Setiap bandar di Switzerland ada keunikannya yang tersendiri, kebanyakan para traveller akan memilih flight ke Zurich atau Geneva sebagai bandar pertama untuk memulakan pengembaraan. Luzern/Lucerne amat terkenal dgn jambatan ikoniknya iaitu Chapel bridge dan Gunung-ganang di sekitar yang sangat cantik seperti Mt. Titlis, Mt. Pilatus, dan Mt.Rigi. Bern pula terkenal dengan 'oldtown', bangunan parlimen Switzerland, dan rumah peninggalan & muzium Albert Einstein. Geneva pula terkenal dengan dramatik landmark waterjet di tasik geneva dan bangunan mesyuarat Parti Bangsa Bersatu(PBB) atau United Nation(UN). Basel dengan salah satu air terjun terbesar di Eropah iaitu Rhine Falls. manakala Zermatt pula terkenal dengan Gunung Matterhorn yg merupakan simbol utama coklat Toblerone.

Pemandangan di Birg.

 Namun, tempat utama yang menarik minat aku untuk ke switzerland adalah di kawasan Bernese oberland dimana terletaknya pekan-pekan cantik seperti Grindelwald, Lauterbrunnen, Murren dan Interlaken. Selain itu, Jungfraujoch (Top of Europe)dan Schilltorn antara puncak gunung yang boleh dicapai dengan pengangkutan awam. First, Birg, dan Kleine scheidegg pula merupakan tempat yang terkenal untuk bermain Ski/ snowboarding.


Perkampungan Grindelwald



Lake Bachalpsee, Grindelwald. Perjalanan mengambil masa 1 jam untuk mendaki ke sini dari cable car First. level easy jer.


Sekitar First Cliff Walk, Grindelwald.
Murren.


Sepanjang di sana sebagai seorang muslim, aku boleh katakan yang yang Switzerland ni negara yang muslim friendly. Alhamdulillah kami berkesempatan untuk menunaikan solat jumaat di Masjid Geneva. dan agak mudah sebenarnya untuk mencari masjid dan makanan halal lagi-lagi di bandar besar seperti Zurich, Lucerne, Bern, dan Geneva. Malah, tempat pelancongan seperti Jungfraujoch(Top of Europe) pun ada pilihan makanan halal. Kalau tiada makanan halal pun, biasanya kami akan makan makanan veggies seperti fries, pizza sayuran, swiss cheese atau spaghetti kosong inti tomato sauce. Antara perkara yang perlu diambil berat sebelum travel ke Switzerland ialah mengetahui waktu matahari terbit dan matahari terbenam untuk memudahkan diri kita untuk solat jamak.

Untuk entri ni, aku cuma akan menulis lebih detail mengenai route yg kami lalu  iaitu dari Zurich ke Geneva. so, disini aku share serba sedikit itinerari dan gambar kenangan & pemandangan kami sepanjang di sana. Trip ni seramai 9 orang dewasa iaitu 3 wanita dan 6 lelaki (berumur dari 18-60 tahun) dan kami book 3 bilik untuk setiap tempat. Trip ni berlaku pada hujung disember 2016(musim winter) selama seminggu. ini adalah trip famili yang santai dan bukan bajet ya guys.

Zurich - Lucerne - Bernese Oberland - Bern - Geneva

Zurich
  • Dari airport Zurich, kita mempunyai pilihan sama ada mahu menaiki tram atau train untuk ke bandar Zurich.
  • Kami bermalam di Hotel Limmathof(320 CHF/RM1389 for 3 standard rooms,very near main train station,city centre,breakfast add 10CHF, lift available, dan free wifi). 
  • Tempat menarik: Zurich old town, Fraumunster church, Bahnhofstrasse(shopping street), Lake zurich, dan Bukit Lindenhof.

TIPS: untuk mendapat view bandar Zurich yang awesome, boleh ke Bukit Lindenhof. Zurich ni sebenarnya bandar yang biasa-biasa saja. yang cantik adalah architecture bangunan dan suasana di sana.

Lindenhof Hill


Sekitar Zurich Old town.

Restoran Halal berdekatan Hotel Limmathof









Luzern


  • Kami bermalam di Hotell Schlussel harga 356 CHF/RM1540 untuk 2 double&1 triple rooms). Kelebihan: free wifi ,7 min jalan kaki dari train station, tambah 17CHF untuk breakfast. 
  • Makanan Halal di Luzern: Erdem Kebab(near train station,address 45 zentralstrasse), Tasnim masala(Lebanese,address 36 zurichstrasse), Mirch masala(indian cuisine,upper old town,address 8 Lowengraben).
  • Tempat menarik:  Kapellbr├╝cke(Chapel bridge), Lucerne Old town(Alstadt Luzern), Lake Lucerne, Museggmauer(city walls,0800-1900) dan Lion Monument(Lowendenkmal).

TIPS: View Bandar Luzern yang paling cantik pula dari bukit Museggmauer. Bagi yang bermalam di Luzern, anda akan dapat tiket pengangkutan awam secara percuma sepanjang di sini.














yang menarik mengenai jambatan ni adalah jambatan yang diperbuat sepenuhnya daripada kayu dan artistik lukisan di atas siling jambatan ni.


Hotel Schlussel




Bernese Oberland (Grindelwald,Lauterbrunnen,Schiltorn,Jungfraujoch)


  • Kami bermalam di Hotel Bellary (390 CHF/RM4100 for 3 double standard rooms+ 2 beds for 120 CHF) selama 2 malam. Kelebihan? 15mins walk/3 mins taxi/5 mins bus(no.122) dari train station,free breakfast,free wifi.
  • Restoran Halal di Restoran Golden India(Pekan Grindelwald). Di Jungfraujoch(Top of Europe) juga terdapat pilihan makanan halal.
  • Cable car roundtrip Stechelberg-Gimmelwald-Murren-Birg-Schilthorn (57.10 CHF). 
  • Tempat menarik: Grindelwald, Lake Bachalpsee, First Cliff walk, Staubbach waterfall dan Trummelbach waterfalls di Lauterbrunnen (Close during winter season), Murren, Birg, Schilthorn dan Jungfraujoch(Top of Europe).
TIPS: 

  • Cable car Grindelwald-First. 2 stops. 2 tempat menarik iaitu Cliff walk (free enterance,0600-1730) dan Tasik Bachalpsee (1 jam hiking,level is easy). Boleh try zipline(First Flyer) di cable car First dengan harga 52CHF seorang.
  • Untuk yang bermalam sekitar bernese oberland, anda akan dapat free bus ride sepanjang di sana. 
  • Train dari Grindelwald dari/ke Lauterbrunnen, ada pertukaran train di Zweilutschinen.






That moment when you see snow outside your window.

Pemandangan Tasik Brienz  semasa dalam Train Lucerne -  Interlaken.

Interlaken.
Grindelwald.




Hotel Bellary. antara hotel bajet yang murah dan berbaloi.
Breakfast di Hotel Bellary.


Stesen keretapi Grindelwald.

 Lauterbrunnen.
Staubbach Falls. Sadly to announce it is closed during winter.





 Murren.


Pernah menjadi tempat shooting untuk film James Bond pada tahun 1969.


Yang suka adventure boleh try lalu benda ni di Birg.














First Cliff Walk



Kleine Scheidegg.



Laluan ke Tasik Bachalpsee.

Pemandangan Train Kleine Scheidegg - Jungfraujoch.

Jungfraujoch.



Bern
  • Kami bermalam di Hotel Ibis Budget Bern Expo(267 CHF/RM1161,2 triple and 1 double room,add 12 CHF for breakfast,free wifi,from train station to guisanplatz tram station by tram no. 9). 
  • Antara restoran halal sekitar Bern: kings kebap(tram no.9 to spitalacker then walk 5 mins,0900-2300), kebab near main train station, city kebab haus(monbijou,0900-1900), domino cafe restaurant(Lebanese,0900-2300).
  • Tempat menarik di Bern: Bern old town(UNESCO,include clock tower 'Zytglogge',Einsteinhaus, The cathedral 'munster' of Bern), Parliament building 'Bundeshaus', dan Historiches Bern museum&Einstein museum(18 CHF,1000-1700).

TIPS: Bandar Bern sangat cantik sebab ukiran kota lama yang masih di jaga. bagi peminat albert einstein, mungkin boleh masukkan tempat ni dalam itinerari anda. B
agi yang bermalam di Bern juga akan dapat tiket pengangkutan awam secara percuma sepanjang di sini.


Bern Old town.


Muzium Albert Einstein. berbaloi beb!

Albert Eisntein dituduh menjadi punca kepada bom atom di Hiroshima, Jepun. 

Salah satu restoran halal di Bern, lokasi bersebelahan stesen tram. Di seberangnya pula terdapat kedai runcit yang menjual makanan halal dan mee segera.



Geneva




  • Kami bermalam di Hotel Excelsior(369 CHF/RM1598,3 twin rooms,near train station,tram and bus,free wifi,free breakfast). 
  • Tempat menarik: Geneva Old town, Jet D'Eau, United nation buildings, microcosm,

  • Masjid: Fondation Culturelle Islamique de Geneva(Dari cornavin train station,Ambil bus no3 grand saconnex,gardiol to Colladon,20 minit, 9 stops).
  • Dari bandar Geneva, boleh naik train atau Tram no.5/10 untuk ke airport Geneva.

TIPS: Di Geneva pun ada free tiket untuk public transportation macam di Bernese Oberland. Geneva antara bandar yang paling senang untuk mencari makanan halal lagi-lagi di sekitar main train station. Sebenarnya, tidak banyak yang boleh dilihat di Geneva. tapi untuk trip santai, boleh lah ke sini.



Tugu Peringatan memperingati sejarah buruk dunia pembunuhan beramai-ramai di Srebrenica, Bosnia&Herzegovina.


Standard Harga makanan di Switzerland. Ya, Swiss memang mahal.

Jet d'Eau.





Berapa keseluruhan bajet? okay kita ikut money currency sekarang iaitu 
1CHF = RM 4.12. mengikut kiraan bajet kasar aku sendiri, jumlah untuk pengangkutan awam(termasuk train,tram,bas) sepanjang di sana dalam 390CHF. Total harga accomodation kami selama seminggu di sana ialah 1822CHF untuk 9 orang. so, bahagi 9, seorang cuma spend dalam 202.50CHF. Makanan pula roughly dalam 120CHF dalam 7 hari. Lain-lain(enterance fee,shopping souvenir,etc,etc) dalam 50CHF. so, total seorang dalam 762.50CHF manakala dalam ringgit malaysia ialah RM3141.50

Secara kasarnya, purata ground bajet untuk seorang sepanjang 7 hari di Switzerland ialah RM3K sahaja.

Untuk lebih jimat, boleh ja bawa instant foods(mee segera/brahim's/etc) dan tanpa shopping souvenirs. dan bagi yg solo traveller, standard harga hostel paling murah dalam 20-40 Euro/semalam. biasanya book melalui Booking.com paling mudah. So, sekarang kamu boleh agak suda kan berapa yang akan kamu spend sepanjang di Swiss? :)



                     5 fakta penting mengenai Switzerland!


     1) Bern adalah ibu negara kepada Switzerland! bukan Zurich,bukan Geneva.

2) Swiss bersempadan dengan 5 negara iaitu Perancis, Jerman, Itali, Liechtenstein, dan Austria.

3) Matawang swiss adalah CHF, dan disebut dengan sebutan 'swiss franc'.

4) Terdapat 208 buah gunung yang berukuran 3000m ke atas.

5) Musim panas (Summer) adalah waktu terbaik untuk melancong ke Switzerland iaitu pada bulan september ke oktober. kenapa? sebab waktu ni rumput berwarna hijau daun dikombinasikan pula dgn puncak gunung yang diliputi salji putih.
 


Top 7 High Places to visit in Switzerland!

1.     Mt. Titlis (Luzern)

(Gambar kredit to google)


2.     Mt.Pilatus (Luzern)
(Gambar kredit to google)


3.     Grindelwald (Bernese oberland)




4.     Lauterbrunnen (Bernese oberland)
Perkampungan Lauterbrunnen. Air terjun Staubbach di tengah perkampungan ini yang menjadi tarikan utama di sini.


5.     Jungfraujoch (Bernese oberland)
Juga dikenal sebagai Top of Europe disebabkan laluan keretapi yang paling tinggi di Eropah.


6.     Schiltorn (Bernese oberland)
Pernah menjadi tempat shooting untuk film James Bond pada tahun 1969.




7.     Matterhorn (Zermatt)

Puncak Matterhorn merupakan simbol untuk coklat Toblerone. (Gambar kredit to google)

Feel free to ask and drop some comment guys!



- TAMAT -