Tips Backpack ke Rantau Balkan



  • Alhamdulillah saya telah merentasi Rantau Balkan pada 28 ogos hingga 23 sept. 2016 yg lepas. Perjalanan ini mengambil masa selama 26 hari dan terdapat juga beberapa bandar selain negara balkan yg saya singgah dalam misi ini iaitu Tehran, Budapest dan Vienna. Kenapa? jawapannya ada di bawah.
  • Secara kasar, bajet  yg saya gunakan ialah RM5004
    (termasuk flights, tempat tinggalpengangkutan awamdan tempat menarik. Tidak termasuk duit poket untuk makanan dan shopping 
    ).

 


BAGAIMANA CARA SAYA TRAVEL?
  • Setiap individu ada cara tersendiri untuk travel. Contohnya cara mengurus masa(travel berapa hari), cara kita mengira perbelanjaan(bajet atau luxury), pemilihan tempat(bandar atau nature), merancang laluan perjalanan,dan sebagainya. Hakikatnya, duit kita suka hati kita lah mahu buat apa ye dak?
  • Sebagai seorang student, travel secara backpackers adalah pilihan utama. Sebab apa?
    satu, Jimat duit. dua, senang buat kawan. ketiga, dapat mengenali budaya masyarakat di negara yg kita travel dengan lebih dekat.
  • Sebenarnya untuk merancang itinerari sendiri selama hampir sebulan ni bukanlah semudah yg disangka.
    Pemandangan Kota Istanbul.



    ADA APA DENGAN RANTAU BALKAN?
  • Rantau Balkan adalah kawasan Timur Selatan Eropah dan terbahagi kepada 12 negara(sumber wikipedia) iaitu Romania, Bulgaria, Slovenia, Croatia, Bosnia&Herzegovina, Albania, Kosovo, Macedonia, Montenegro, Greece, Serbia, dan Turki(Bahagian eropah)
  • Banyak konflik yg telah berlaku di rantau balkan ini dari zaman Empayar Bulgaria, Empayar Byzantine, Empayar Uthmaniyyah, dan  yang paling terbaru, Pemisahan Yugoslavia.
  • Bentuk geografi di rantau balkan ini sangat menarik dan amat sesuai untuk para traveller yg suka akan alam semulajadi seperti gunung-ganang,tasik, dan air terjun. Tambahan pula, pengembaraan ke rantau balkan ini tidak memerlukan belanja yang banyak berbanding negara-negara Eropah yang lain.

    Lake Plitvice Croatia.


    Pemandangan kota lama Kotor, Montenegro dari Kubu St.John.
    Islamski Kultur Bar di Bar,Montenegro.
    PETA PERJALANAN SEPANJANG 26 HARI
    (So that you have a brief idea how I manage my route)

    Tehran - Baku(Flight transit) - Istanbul - Bursa - Bucharest - Brasov - Budapest - Vienna - Ljubljana - Zagreb - Sarajevo - Mostar - Dubrovnik - Kotor - Bar - Tirana - Prizren - Prishtina - Skopje - Thessaloniki - Sofia - Veliko Tarnovo - Plovdiv - Istanbul - Tehran



     

    ADAKAH RAKYAT MALAYSIA MEMERLUKAN VISA KE NEGARA BALKAN?
  • Dalam banyak-banyak negara di Rantau Balkan ni cuma satu negara sahaja yg memerlukan visa untuk rakyat Malaysia iaitu Serbia. Atas sebab itulah saya skip perjalanan ke serbia dan sebaliknya dari Romania saya lalu Hungary dan Austria sebelum memasuki Slovenia.




    KENAPA TEHRAN DESTINASI PERTAMA?
  • Ini sekadar strategi untuk menjimatkan duit dalam usaha memasuki negara-negara Eropah.
  • Harga flight pulang balik air asia KUL-IKA(Tehran), azerbaijan airlines IKA-IST(Istanbul Atarturk) , dan pegasus airline SAW(Istanbul Sabiha)-OTP(Bucharest) ialah RM1457. sedangkan kebiasaannya harga flight sebegini mencecah RM2000++.
  • Bukan sahaja jimat duit, tapi dapat explore 2 negara iaitu Iran dan Turki.
  • Rakyat malaysia tidak memerlukan visa ke Iran. 
  • Kerajaan Iran mewajibkan sesiapa yg datang ke negara mereka untuk memakai tudung. 
  • Rakyat Iran sangat peramah dan suka membantu. Pernah saya ditegur secara rambang ketika berjalan di bandar Tehran dan ditanya sekiranya ada apa-apa yg perlu dibantu.
    Makam Ayatollah Imam Khomeini di Tehran. Lokasinya berdekatan metro Haram e motahhar.

    BERAPA BAJET KESELURUHAN UNTUK TRIP NI?
  •  
  • Sekurang-kurangnya RM5004 tidak termasuk duit makan dan shopping memandangkan ia berbeza bergantung kepada individu. mengikut rate 1Euro=RM4.5 dan 1USD=RM4.
    (1) Flight : RM1457
    • Flight air asia return KUL-IKA(Tehran) RM799 (paling murah boleh dapat dalam RM400 return).
    • Flight Azerbaijan airline return IKA-GYD(transit Baku)-IST(Istanbul atarturk) $114(rm457).
    • Flight Pegasus airline one way SAW(Istanbul Sabiha)-OTP(Bucharest) $60(RM254.50).
    (2) Hostel : RM877
    • Harga hostel dalam lingkungan 8Euro ke 24Euro untuk semalam (dalam RM36-RM108).
    (3Pengangkutan awam : RM2251
    • Termasuk keretapi, bas, subway, tram,dan teksi.  Teksi hanya digunakan bila emergency.
    (4) Lain-lain : RM365.50
    • Termasuk Bayaran masuk tempat menarik dan luggage storage.
    Jumlah bajet keseluruhan untuk trip ni ialah RM7756.50 dimana duit makan (RM1081) dan duit shopping (RM1671.50).


APA PENGALAMAN YANG TIDAK BOLEH DILUPAKAN?

Salah satu pengalaman yg tidak boleh dilupakan sampai bila-bila, saya terpaksa jadi homeless untuk sehari dan tidur di kaki lima akibat daripada couchsurfing. Masa tu flight dari KL tiba di Tehran jam 12 tengah malam dan saya dah inform host couchsurfing tu berapa hari sebelum tiba dan dia kata 'okay'. Tapi malangnya sebaik tiba di rumah tu tiada sesiapa yg buka pintu. 2 minggu selepas tu barulah host tu mesej saya kata yg dia dilokap oleh kerajaan sebab membuat servis couchsurfing. Tapi yang terharunya malam menjadi 'homeless' tu, sekitar jam 4 pagi ada seorang homeless datang ke tempat saya dan berikan saya sebotol susu yogurt dan 2 keping roti.


Blagaj Tekke di Bosnia&Herzegovina.



Tips ke Rantau Balkan

  1. Tukar awal-awal ringgit malaysia ke Euro/USD Atau sediakan kad ATM yang sudah diaktifkan untuk kegunaan luar negara.
    .
  2. Download awal-awal offline maps sama ada google maps atau maps.me.
    .
  3. Trip ini berlaku pada penghujung musim panas. Apa yg specialnya ialah masa siang lebih panjang dari waktu malam dan kebanyakan tempat menarik tidak sesak dengan pelancong.
  4. Bandar-bandar di rantau Balkan ni sangat kecil berbanding negara eropah yg lain. Jadi anda tidak memerlukan masa yang lama untuk explore bandar tersebut. Bagi saya, 1-2 hari untuk setiap bandar sudah memadai.
    .
  5. Saya gunakan bas malam dan train malam untuk perjalanan yg melebihi 5 jam. boleh jimat duit daripada duduk hostel. Contohnya, train Brasov-Budapest(13 jam) and bas malam Thessaloniki-Sofia(5 jam).
    .
  6. Di negara Balkanboleh beli tiket train/bas direct on-the-spot. Boleh cek jadual masa bas/train di website Balkanviator.com busticket4.me getbybus.com dan checkmybus.com. Manakala untuk bandar-bandar besar seperti budapest dan Vienna, dinasihatkan untuk beli tiket lebih awal melalui online.
    .
  7. Bas perjalanan jauh biasanya mengenakan caj untuk stor luggage.
    .
  8. Di Mostar Bosnia, pengambilan pakej tour lebih baik sekiranya anda merancang untuk ke Blagaj Tekke, Pocitelj Village, dan Kravice waterfalls dalam masa sehari disebabkan pengangkutan awam yg terhad. Alternatif lain boleh sewa kereta.
    .
  9. Yang uniknya di rantau balkan ni kita boleh tukar matawang asing dengan pemandu bas.
    .
  10. Free walking tour. Hampir setiap bandar di rantau balkan ada free walking tour. Ianya percuma dan kebiasaanya mengambil masa 2 jam. Sediakan botol air dan kasut yg sesuai kerana anda akan melawat tempat-tempat yang tiada info melalui google!
    .
  11. Hati-hati dengan scammers terutama di kawasan Blue mosque Istanbul dan Teksi di Bucharest.
    .
  12. Penggunaan bahasa di rantau Balkan majoritinya ialah bahasa Slavic. Download offline google translate atau buat nota kecil tentang perkataan asas seperti Hello, apa khabarterima kasih, di mana, bilakah, berapa harga dan angka nombor. Anda amat bertuah sekiranya pandai berbahasa arab kerana imam masjid di rantau balkan ini kebanyakannya fasih berbahasa arab.
    .
  13. Antara budaya di rantau Balkan yang wajib kita tahu. Di Bosnia, rakyatnya tidak suka orang luar bertanya mengenai sejarah peperangan yugoslaviadan di Bulgaria pula, angguk bermakna 'tidakmanakala menggeleng kepala bermaksud 'ya'!
    .
  14. Bawa kad pelajar. Di Dubrovnik, harga biasa dewasa untuk masuk Dubrovnik city walls ialah 110 croatian kuna tetapi dengan menggunakan kad ajaib ini, kita hanya perlu membayar 30 croatian kuna. Nampak permainan dia?
    .
  15. Air adalah percuma. Water fountain dorang ni bersih dan boleh diminum. Boleh lah kalau mahu jimat daripada beli air berkali-kali.
  16. Harga souvenir fridge magnet dan keychain dalam 1Euro ke 3Euro.
Dracula castle, Transylvania.


Kota lama Dubrovnik di Croatia.

Ada satu quote daripada Ibnu Batutah yg bakal inspire anda untuk travel.

''Travelling, it leaves you speechless then turn you into a storyteller''.

Boleh share kepada rakan anda sekiranya artikel ini berguna. Thank you :)

11 comments:

  1. nak ikut travel walaupun tak kenal haha - Atiqah

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dengan kawan perempuan akan ke Balkan jugak next year , pape roger . FB ; ALAN MNF

      Delete
  2. Nanti nak pegi lagi roger bos...nak follow..

    ReplyDelete
  3. Bro.. imigresen kat Tehran ok tak? Kena visa ke?

    ReplyDelete
  4. Finally terjumpa lagi seorang traveller dari Sabah. Hihi~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe yaa susa mau jumpa orang sabah travel lagi2 yg solo traveller

      Delete
  5. andu ba..ada juga sabahan tulis blog. Tips berguna ne untuk travel sebab malas buat iti then cari orang punya ja..Susah cari ne sabahan ne..rare! btw saya baru follow ko d ig. heheee.. =)

    ReplyDelete
  6. terima kasih sharing pengalaman banyak membantu mencari ibfo

    ReplyDelete
  7. Wah.. Akhirnya jumpa juga blog travel org Sabah.. Nanti p travel
    lagi boleh kak dgn kwn join sekali walaupun I da kenal

    ReplyDelete