18 March 2017

Tips Backpack ke Laluan Sutera China (Part 1)


Bila sebut saja China, rata-rata orang kita akan fikir Beijing, Shanghai, atau Guangzhou. Tapi tidak ramai yg tahu tentang Jalan Sutera(Silk Road) di China. Sebenarnya banyak tempat yg sangat awesome di sekitar jalan ni. Tambahan pula tempat ni ramai penduduk muslim. Jadi tiada masalah untuk mencari makanan halal.


Apa yang kita perlu tahu sebelum travel ke China?
  • Visa China single entry : RM88.30.
  • Rate currency ¥1 CNY/RMB = RM0.64. (tertakluk mengikut peredaran  masa). Yuan dan RMB adalah matawang yang sama.
  • Ibu negara : Beijing.
  • Waktu di China sama seperti Malaysia.
  • Bahasa utama : Bahasa Mandarin.
  • Media Sosial spt Facebook,Instagram,dan Twitter diharamkan di China.



Trip ni dibuat secara solo selama 2 minggu dan itinerari dibuat hasil daripada research sendiri via sifu Google.Ramai yang bilang bahaya travel seorang diri di China, banyak penipu, susah cari makanan halal dan macam-macam lagi.


Tapi sebenarnya okay seja. Masalah utama bagi aku sepanjang di sana  adalah komunikasi walaupun muka aku ni ada sikit-sikit macam cina(hahaha). Belajar basic mandarin tu bolehlah sikit sekadar untuk berkenalan, tanya arah jalan dan beli barang/makanan. Pengalaman ditipu pun tiada sepanjang trip ni mungkin area yg saya pg ni kurang pelancong macam di Beijing. Dan part yg paling digemari, tiada isu berlapar sebab makanan halal sangat mudah dicari sepanjang jalan sutera ni.

Terdapat lebih 100 juta orang islam di China terdiri daripada etnik Uighur, Hui, Kazakhstan, Tajikistan, dan Salazu. Kebanyakannya menetap di wilayah Gansu,Xinjiang, dan Yunnan.Okay, berbalik kepada pengalaman travel. Ini route travel saya :



Chengdu - Lanzhou - Zhangye - Jiayuguan - Dunhuang - Turpan - Urumqi - Xi'an
 
Chengdu dan Xi'an tidak termasuk dalam komponen Silk road. Tapi disebabkan flight yg saya beli start dari Chengdu dan berakhir di Xi'an, jadi masukkan lah sekali dalam itinerari. Actually ada satu lagi bandar yang sangat awesome di sekitar Silk Road iaitu Kashgar. Tapi saya terpaksa skip disebabkan masa yang terhad.Total investment untuk trip ni ialah RM3700 termasuk Visa, Flights (Airasia X+Southern China Airlines), accomodations(Hostel), Pengangkutan awam, Yuran masuk tempat menarik, Makan minum, dan Shopping. 

Sebenarnya boleh murah lagi kalau beli flight time promo, pergi secara berkumpulan dan kurangkan makan. Tapi sebagai seorang traveller sejati, local food is a must. 

Rasanya tidak perlu lah kan saya share itinerari. Cukup sekadar senarai tempat menarik sbg guidance untuk kamu buat itinerari sendiri. Jangan risau, blog ni akan di update perlahan2. For more info tentang trip ni, boleh DM saya di Insta atau FB. few tips untuk travel ke China ada di part 2.

Chengdu

  • Chengdu research breeding Panda base (58¥ adult/29¥ student).
  • Attractions: Huangcheng Mosque, Chunxi Road, Sichuan tv tower, dan Jin Li street.
  • Stay at Lazy bones hostel (36¥).
  • I took train Chengdu-Lanzhou(148.5¥).
  • Other attractions: Leshan Giant Buddha, Jiuzhai valley(8 jam dari Chengdu) ,Huanglong national park, dan Mt. Emei.  
Info : Chengdu adalah ibu negeri kepada wilayah Sichuan dan sangat terkenal dengan haiwan paling comel di dunia, Panda.


Untuk ke Chengdu research base of giant panda breeding, naik metro LINE 3(line merah) ke Xiongmao avenue. dan kamu akan nampak kaunter tiket sebaik anda keluar dari stesen. Shuttle bus ni free.


Waktu yg terbaik untuk datang ialah pada jam 9-10 pagi sbb waktu ni adalah waktu untuk Panda makan.

Red Panda.
Masjid HuangCheng Chengdu. Lokasi di Tianfu Square belakang Muzium Chengdu.
Setiap hari jumaat ada bazaar di depan masjid Huangcheng.


Kebab atau sate Kambing (Yang rew). Harga 5rmb. Menu utama di sini ialah Kambing.


Lanzhou

  •  Xiguan mosque, Zhongshan iron bridge,and yellow river mother sculpture.
  • Other attraction: Zhengning road night market(Start at 6pm until 4am.
  • Train Lanzhou West-Zhangye West. (149.5¥).
Info : Lanzhou adalah ibu negeri kepada wilayah Gansu dan sangat terkenal dengan Mee tarik(Handmade Pulled noodles).


Masjid Xiguan. dari Lanzhou railway station, naik bus no.K102 dan turun di Xiguan Shi zi.


Zhongshan Iron Bridge.
Yellow river mother sculpture di Binhe Park.
Masjid di tepi Yellow river.








Street Popcorn. Antara cara membuat popcorn paling unik di dunia. Boleh tengok video di Insta saya.


Kanak-kanak China muslim yang berbangsa Hui.



Hand made pulled noodles soup.



Gambar Masjid Bandaraya Sabah pun ada di China. Bangga juga sekejap. haha



Chinese muslim Hui.

Antara tips untuk mencari makanan halal di China ialah pekerja yang berkopiah dan ada Lambang masjid/halal/tulisan arab 'restoran muslim' di restoran tersebut.


Spot this situation in Lanzhouxi railway station.


Zhangye


  • Zhangye Danxia Geological park (75¥ adult/48¥ student). harga sudah termasuk transport shuttle dalam geological park ni.
  • Zhangye mosque dan Zhangye drum tower.
  • Train Zhangye West-Jiayuguan south (66¥).
  • Bermalam di Youyou Youth Hostel (44¥/semalam).
  • Tempat menarik lain yang boleh dilawati, Mati Si Temple. 


Info : Zhangye terkenal dengan gunung pelanginya yg sangat unik.



Untuk ke Zhangye Danxia Geological park, boleh naik bas dari Zhangye west bus station(Xi Guan Qi Che Zhan). harga 12 yuan. bas akan berhenti di tepi jalan, dan dari sini perlu jalan kaki sepanjang 1km lagi untuk ke pintu masuk zhangye danxia.


Zhangye Danxia Geological Park atau lebih dikenali sbg Rainbow Mountain.




Masjid Zhangye. Area ni senang cari makanan halal.




 

Jiayuguan
  • BJiayuguan great wall & overhanging great wall (50¥ student/combine ticket to 3 places). Untuk ke Jiayuguan great wall, boleh naik local bus no.4. tapi untuk ke overhanging great wall, agak jauh sedikit. perlu ambil shared taxi untuk ke sana. standard harga 50-70rmb pulang balik.
  • Bermalam di Pearl hostel (40rmb).
  • Dari bandaraya, boleh naik local bas no.1/4/11 harga 1 yuan untuk ke train station Jiayuguan(Huo Che Zhan). 
  • Dari Jiayuguan, Train ke Dunhuang (5 jam perjalanan & 107.5¥). Sebaik sampai Dunhuang stesen, boleh naik local bus warna hijau untuk ke Bandar.


Info : Jiayuguan terkenal dengan lokasi berakhirnya Great wall of China di sebelah barat. Overall Jiayuguan senang untuk cari makanan halal. terdapat banyak restoran halal sepanjang jalan di hadapan great wall. Jangan mudah tertipu dengan taktik pemandu teksi yg akan mmberitahu tidak ada bas untuk ke bandar.



Pemandangan Gunung Qilian yg diselaputi salji dan Mongolian yurt.


Overhanging Great Wall.

Tiket Train Jiayuguan-Dunhuang. Sistem di sini sangat Efisyen. Dorang akan ambil tiket sebelum kita masuk train dan bagi semula setengah jam sebelum tiba ke destinasi. Jadi tiada istilah boleh terlajak tempat yg dituju.
Hard Sleeper Bed.
Daging kambing+ kentang sayur (harga 30 yuan jugak). kebanyakan kedai, chinese tea free ja.

Masjid Jiayuguan atau Lajiao mosque. Kawasan sini banyak restoran halal.

Petang tu selepas melawat great wall, cari masjid di area bandar Jiayuguan  untuk solat jamak qasar dan makan lagi di restoran disekitarnya. tapi menu ni murah ja. harga lebih kurang 8-10 yuan.


Dunhuang
  • Attactions: Echoing sand(Mingsha mountain) & Crescent lake. enterance fee 60¥ dan tambah 100¥ untuk camel ride dan 15¥ sand sliding.
  • Other attractions: Magao caves.
  • Dari Dunhuang, saya ke Liuyuan train station menggunakan shared taxi, 50 yuan per/pax. Train Liuyuan station(Dunhuang)-Turpan North station (9 jam perjalanan & 173¥). 

Info : Dunhuang terkenal dengan view padang pasir yang sangat awesome dan tasik buatan yang terletak di tengah padang pasir.



Untuk ke Mingsha Mountain pula, kamu perlu naik bas dari sini(gambar).Sebaik turun dari bas stesen keretapi Dunhuang-Bandaraya, jalan kaki dalam 15 minit untuk ke sini. Lebih mudah, boleh upload/screenshot gambar ni dan tunjuk ke locals.


Crescent Lake.


Pemandangan Mingsha Mountain desert.








Restoran Halal di Dunhuang(lokasi di seberang stesen bas Dunhuang). Kadang-kadang ada kedai yg tiada tunjuk tanda halal. Tapi boleh tengok lambang masjid atau tulisan arab yg bermaksud restoran muslim( to3amul muslimin).

Ni makanan yg saya order daripada restoran gambar atas. 
Sebelum aku teruskan perjalanan ke Liuyuan train station, sempat minta izin owner restoran muslim untuk solat sekejap. ya, aku solat di atas katil ni ja. inilah restoran, inilah juga rumah dorang.
Fast Food Halal Dicos di bandar Dunhuang.


10 comments:

  1. Salam. Saya nak tanya berkenaan penginapan di Zhangye. Hostel tu terima non-local ke? Tengok di website mainland citizen je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam..ya,terima ja..mmg dkt website or booking.com mostly mcm tu..mgkin juga sya p waktu tu off season..

      Delete
  2. Replies
    1. Wassalam, maaf xda tuan. ni kira itinerari saya la ni tapi ikut bandar ke bandar.

      Delete
  3. Assalamualaikum... Boleh minta ig nya kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..boleh..
      insta: @ahmedhanis

      Delete
    2. Folback @chezmut kan hehe... Nanti saya mau tanya2 Boleh? Soalnya April mau ke China start chengdu

      Delete
    3. InsyaAllah mana yg boleh dibantu pasti dibantu,sis. hehe

      Delete
  4. Salam.nak tanye..di semua city yg bro pergi ty public toilet nye mcm mana hihi

    ReplyDelete
  5. wassalam, public toilet mostly bersih ja lgi2 tmpt pelancongan. tp faham2 la china xdak hos air.

    ReplyDelete