|
Gala Yuzawa, Tokyo. |
Antara info penting pasal Jepun yang kita mesti tahu ialah :
- Jepun cepat 1 jam daripada waktu Malaysia.
- Bahasa yg digunakan ialah bahasa Jepun & tidak semua local tahu berbahasa english. Tapi jangan risau signboard mostly ada dalam english.
- Islam is minority in Japan so, sangat susah untuk mencari makanan halal.
- Public transport sangat canggih dan mudah difahami. tapi awal2 tu biasanya confirm confuse.
- Kos sara hidup di Jepun sangat tinggi. RM1 = 27 yen dan 1000 yen = RM38. 1000 yen ni nilai dia sangat sikit.
- Bandar tokyo memang sangat bersih. tong sampah pun susah mau cari. Sebab kalau ada sampah,orang jepun biasanya simpan dalam beg atau poket untuk buang di rumah.
|
Pemandangan Gunung Kinabalu daripada Flight Malaysian airlines KOTA KINABALU - TOKYO NARITA.
|
(1) PUBLIC TRANSPORT.
Tokyo subway & Tokyo Metro , Bas, Bullet train , Teksi.
- Kad Pasmo sangat penting. Sistem penggunaan sama seperti kad Touch 'n' go. setiap stesen ada mesin untuk beli kad Pasmo dan harga dalam 3000 yen termasuk kredit. Kad Pasmo TIDAK BOLEH digunakan untuk bullet train & teksi.
|
Kad Pasmo |
- Boleh klik untuk guide tokyo route map.
|
Bullet train, Kebanggan rakyat Jepun. |
- Bullet train merupakan keretapi paling laju di dunia iaitu 320km/jam. Sangat2 rugi sekiranya kita ke Jepun tanpa men'try' bullet train. bagi non-japanese tourist seperti kita, ada special pakej iaitu JR Tokyo Wide pass. UNLIMITED PASS selama 3 hari untuk 10,000 yen(RM 374) seorang dewasa dan 5000 yen(RM 187) seorang kanak2. antara tempat menarik termasuk Mt.Fuji, Tobu-Nikko, Yokohama, dan Gala Yuzawa (tempat untuk main ski dan snowboarding). boleh juga melalui metro JR line. untuk lebih detail boleh klik JR Tokyo Wide Pass .
- Untuk ke bandar2 lain seperti Osaka, Kyoto, Hiroshima, Nagoya, Mt.Fuji, Hokkaido kita boleh menggunakan bas. Harga bas Tokyo-Osaka,Kyoto ialah 3,500 yen (RM130) one way. Bas Tokyo-Mt.Fuji pula dalam 2,000 yen (RM75) one way dan bertolak dari Shinjuku atau Shinagawa.
- Apps google maps sangat membantu bila berada di Jepun. Kalau tiada internet, boleh siap2 download offline maps.
(2) MAKANAN HALAL.
|
Kawasan Akihabara dan Ameyoko Shopping Street,Ueno. |
- Grilled/Fried Chicken
|
Di Ueno shopping street. Bagi yg rindu makan nasi boleh makan di sini. |
- Vegetarian. (Antara yg terkenal Vege Herb Saga, Ueno Taito-ku)
- Kedai Runcit Halal. boleh borong makanan2 segera halal di sini. (Taito berdekatan Masjid As-Salam)
Bagi yang kuat makan, men'try' setiap makanan sama ada street food/local food adalah wajib.
- Sushi.
|
Lokasi
di Sushiken,Asakusa. jalan kaki dalam 10 minit daripada stesen. This is
the first halal sushi served in Japan. Map restoran ni boleh tengok di
sini Asakusa Sushiken . |
- Onigiri
|
Boleh dibeli di kedai 24/7. Sesuai untuk yg budget trip. beza onigiri dan sushi ialah Onigiri dibuat daripada plain rice dan sushi daripada nasi yang dicampur dengan cuka,gula,dan garam. |
- Grilled Scallop.
|
Most recommended di Ameyoko shopping street,Ueno. Harga dalam 500 yen/satu. |
|
Most recommended di Naritaya, Taito-ku. Restoran ni antara restoran Halal yg terkenal di Tokyo. Lokasi bersebelahan Sensoji Temple, Asakusa |
- Shabu Shabu.
|
Shabu-Shabu ni style ala steamboat. drg bagi bahan dan kita akan rebus makanan tu. Antara restoran yg terkenal ialah Hanakaji-san, Shibuya. |
- Yakiniku.
|
Most
recommended di Gyumon Shibuya,Shibuya. 10 minit jalan kaki dari stesen
Shibuya.Kita akan panggang daging tu sendiri.Walaupun a bit pricey, tapi sangat puas hati!
|
- Tendon Tempura Tenya.
|
Lokasi di Akihabara
dan Asakusa. Sebelum order, tanya dulu kedai tu guna minyak masak veggie atau tidak. |
- Takoyaki.
|
Boleh jumpa di mana2. Tapi beli yang seafood jangan beli yang ada ayam/daging sebab tidak halal.
|
- Sweet crepes.
|
Pancake yg disaluti coklat dan aiskrim. Harga tidak mahal mana. Try sekali,confirm order lagi. Lokasi di Takeshita Street,Harajuku.
|
- Crispy melon asakusa bun.
|
Lokasi di hadapan restoran ramen naritaya. Sangat famous bagi orang jepun. Kena beratur panjang semata2 untuk beli ni.
|
- Grilled sweet fish.
|
yang saya tahu di kawasan lake kawaguchi,area mt Fuji. Mungkin tempat pun ada. |
- Kkultarae(gula tarik).
|
Yang belum pernah ke korea, boleh try di Tokyo. Lokasi di Ueno Shopping street dan kedai di bawah flyover.Yes,pekerja dia pun boleh cakap melayu sikit2 macam Afdhlin Shauki Korea. |
- Japanese sweets. (Asakusa Umegen di Asakusa. boleh beli untuk ole2 balik Malaysia)
boleh klik di sini untuk map restoran halal & muslim friendly. dan boleh klik untuk map halal asakusa & ueno.
(3) MASJID.
Bagi saya, melawat masjid2 di luar negara 'is a must' setiap kali saya mengembara. Kita dapat melihat keunikan bangunan masjid yang didirikan sekaligus dapat menunaikan solat jamak/fardu/atau sunat di sini.
- Tokyo Camii & Turkish cultural centre.
|
Beginilah Struktur Dalaman Masjid Turki,Tokyo. |
Satu2nya masjid di Tokyo yg mempunyai kubah masjid yg besar. Terletak di Oyamacho dan berdekatan Shibuya. Stesen keretapi yang terdekat ialah Stesen yoyogi-Uehara. 5 minit jalan kaki dari stesen.
- Masjid As-salam/Islamic Community Center.
Terletak di Taito juga berdekatan Ueno. Stesen keretapi terdekat ialah stesen subway Naka-okachimachi dan metro stesen JR okachimachi. 5 minit jalan kaki dari stesen. Imam masjid ni juga orang Malaysia asal Tanah Merah, Kelantan.
Terletak di Otsuka. Stesen keretapi terdekat ialah Stesen Otsukaekimae, Stesen Otsuka, dan Stesen Shin-Otsuka. Kira2 7 minit jalan kaki dari stesen.
(4) TEMPAT TINGGAL.
- Bagi yg bercuti ramai2, boleh cuba book daripada airbnb.com. Murah & recommended! sewa serumah terus.
- yg inginkan keselesaan, boleh book hotel di agoda.com atau booking.com. yg backpackers juga boleh book dari sini.
- Antara keunikan hostel backpackers di Tokyo ialah tempat tinggal bercirikan kapsul.
- My 2 cents advice, cari hotel/hostel /homestay yang berdekatan dengan stesen keretapi. rajinkan diri untuk baca review tentang tempat tu.
(5) TEMPAT MENARIK DI TOKYO & Sedikit Tips.
Tokyo Tower.
|
Terletak di Minato, Tokyo. Stesen keretapi terdekat ialah Stesen Kamiyacho, Stesen Akanebashi, dan Stesen Onarimon. Jalan Kaki lebih kurang 10 minit dari stesen.
|
Shibuya's Crossing. Betul2 tengah Tokyo. Area di luar Stesen Shibuya.
|
Hatchiko's Monument. But I heard the authoritites already removed the monument. Or maybe they will renovate. |
|
Tempat barang jualan elektronik. |
|
Legend Says, This is a place for ANIME LOVER! |
|
Ameyoko Shopping Street |
|
Hard Rock Cafe Ueno Eki Tokyo, terletak di Stesen keretapi Ueno. Kalau yang 'Hard Rock Cafe Tokyo' tanpa tulisan 'Ueno Eki', boleh ke Hard Rock Roppongi.
|
- Harajuku.
|
Takeshita Street. Tempat ni memang padat. Kita boleh tengok orang jepun pakai cosplay jalan2 sini. |
|
Nakamise Shopping Street. Tempat untuk shopping souvenirs (ole2). Harga satu keychain paling murah boleh dapat 300 yen (RM12).
|
- Lain2 tempat menarik area Tokyo boleh pergi Skytree tower, Tokyo Disneyland, Tsukiji Fish market, Rainbow bridge, Odaiba (Gundam), Sengaku-ji Temple (Tombs of 47 Ronin), Zoo Ueno, dan Yokohama(Sankeien garden,.
(6) TEMPAT MENARIK TIDAK JAUH DARI TOKYO
- Mount Fuji. 2 jam dari Tokyo.
Cara utk ke sini sama ada Shinkansen bullet train, train biasa atau Highway bus. Tapi saya lebih prefer guna Highway bus. Stop di Stesen Kawaguchiko sebab view Mt fuji dari sini cantik. Ambil pakej hop on/off bus untuk sehari boleh tengok museum,lava cave,village sekitar fuji. My advice, sebelum plan datang ke sini tengok dahulu ramalan cuaca dulu takut x nampak Mt Fuji sebab ditutup kabus.
|
View Mt.Fuji dari Tasik Kawaguchiko. |
|
Kalau ke Mt.Fuji guna Highway bus, kamu akan Stop di FujiQ theme park iaitu last stop sebelum sampai ke kawasan Mt.Fuji. Yang minat extreme theme park boleh lah plan ke sini. *Sorry gambar tidak kualiti. kami lalu saja.
|
- Tobu-Nikko(World Heritage Site). 2 jam setengah dari Tokyo. Boleh ke sini dari Stesen Asakusa melalui Tobu Railway atau naik Shinkansen bullet train dari Stesen Ueno/tokyo.
|
Beautiful Ryokan River.
|
|
Shrines and temples of Nikko.
|
That's all for the tips. hopefully useful to anyone who wants to go Tokyo. Kalau ada apa2 kekurangan boleh komen di bawah.
Ade pergi Morioka tak?
ReplyDeleteXda pulak..xtau pun pasal bandar morioka ni😅
Deletetumpang tanya kalau play around osaka nagoya kyoto shj ape pakej transportation yg budget rendah boleh kami gunakan...thank u
ReplyDeleteOsaka&kyoto..yg budget rendah & jimat masa guna rail je..x kira la bullet train atau train biasa..
Delete1) JR Tokaido shinkansen,15 minit,1420 yen sehala.
2) JR special rapid train,30 minit,560 yen sehala.
3) Hankyu railway&Keihan railway,40-50 minot,400-410 yen sehala.
sorry nagoya saya x pasti.
Salam.. nak tnya, klau nak beli tiket one way naik bullet train, kena tempah kt malaysia dlu jgk ke mcm jr pass? Ke boleh beli kt sane je? Mcm jr wide pass ni.. 3 hari kan? Sy puas dah cari info, tak jumpa..
ReplyDeleteSorry lambat reply. X prlu tempah.Boleh je beli kat sana xda masalah.ada mesin kiosk & kaunter tiket.
DeleteSaya pergi 30Nov2016 ni.Musim sejuk kan.Sangat sejuk ke?Ada di sana sampai 5 Dec 2016.Under agensi.Jika hanya untuk shopping Rm1000 cukup tak?tq
ReplyDeletesejuk..around 10 degree celcius cmtu..tp xda salji lgi..rm1000 brgantung juga cara puan shopping..bagi sya klu sekadar shopping souvenir ok dah tu..
DeleteSAYA NAK KE TOKYO KALAU SAYA BELI KEISEI SKYLINERS 72 JAM UNTUK RETURN AIRPORT DAN JALAN2 SEKITAR TOKYO BOLEH TAK..
ReplyDeleteSorry lambat respon, 72 jam ok je tapi mungkin agak rushing sedikit. Yang penting buat detail itinerari untuk 3 hari tu ke tempat2 attractions yg puan rasa wajib pergi..so tersusun sedikit masa puan sepanjang kt sna.. cadangan saya tempat yg wajib p kt tokyo, akihabara-ueno-shibuya-asakusa..
DeleteSy pegi tokyo dr 10-18 jan 2017.cukup x bwk dlm 1300 utk shopping and berape dan ape pakaian yg sy perlu bwk
ReplyDelete1300 cukup dah tu kalau skadar shopping souvenir tidak tmasuk transportation dan enterance fee ke tempat2 menarik..Bulan januari still winter dan kemungkinan waktu tu salji tebal so digalakkan bawa baju tebal.. jgn lupa bawa longjohn(baju dalam lengan panjang) dan gloves..dan bykkan bawa stokin..
DeleteBetul tu. Kalau beli cenderahati cthnya fridge magnet kebiasaan 300-400yen,kalau tshirt 1000-2000yen.
DeleteEntry yang sangat informative. Saya akan ke Tokyo - Kyoto - Osaka pertama kali dari 27th Feb 2017 - 10th Mar 2017, nak tanya, snowboarding kat Gala Yuzawa tu masih ada lagi waktu tu?.
ReplyDeleteSaya bersama family bertiga, boleh suggest which area in tokyo yang paling sesuai untuk stay? Ryokan suitable tak, or hotel / guesthouse? Terima Kasih.
Masih ada lgi..kebiasaannya gala yuzawa buka dari pertengahan bulan disember hingga awal bulai mei.
DeleteBagi saya,Ryokan ok jugak sbb dkat dgn ikebukuro station sng nak ke mana2 walaupun decoration basic. Kalau puan jumpa yg include breakfast lagi ok sng sikit x prlu cri mkn pgi tu. Tp kalau puan da siap2 bawak mknn segera ok je mana2 asal dkt dgn train station.
Salam, saya akan ke sana Januari ni untuk 8 hari. Osaka-Tokyo-Nagano-Osaka. Saya rasa kalau beli JR 7 days pass sangat menjimatkan kos transportation saya but exclude monorail lah. Tapi, boleh ke saya dapatkan pandangan kot ada cara lain selain penggunaan penuh JR pass untuk pengangkutan? Sebab JR pass agak mahal untuk 7 days pass mahal. Terima kasih!
ReplyDeleteWassalam,untuk keselesaan dan jimat masa memang JR pass tu pilihan terbaik.. cara lain saya tak pasti, mungkin boleh try naik night bus(2000-10000 yen dalam 6-10 jam perjalanan)..kurang selesa tapi dapat jimat kos hostel/hotel untuk malam tu..
DeleteAssalam..saya akan ke osaka,kyoto n tokyo pd bulan 2/17.
ReplyDeleteSy ingin tahu adakah laluan ke tasik kawaguchiko dan laluan ke Gala yuzawa adalah sama?
Assalam..saya akan ke osaka,kyoto n tokyo pd bulan 2/17.
ReplyDeleteSy ingin tahu adakah laluan ke tasik kawaguchiko dan laluan ke Gala yuzawa adalah sama?
Sya dah cuba buka link yg tuan sediakan .iaitu harga tiket gala ke yuzawa..namun dlm bhs jepun..
ReplyDeleteBoleh tuan terangkan harga kos tiket bullet train.dan kos yg bkaitan tuk ke gala yuzawa...
Sya dah cuba buka link yg tuan sediakan .iaitu harga tiket gala ke yuzawa..namun dlm bhs jepun..
ReplyDeleteBoleh tuan terangkan harga kos tiket bullet train.dan kos yg bkaitan tuk ke gala yuzawa...
Hari tu 10,000 yen(harga dewasa) utk 3 hari..x pasti skrg dah naik hrga atau x..laluan gala yuzawa dan kawaguchiko berbeza..jdi kena adjust masa sehari kt gala yuzawa sehari ke gunung fuji..
DeleteSalam bro, saya akan pergi ke tokyo dgn family pada bulan 2 n planning utk ke gala yuzawa. Nenek saya ikut bersama n just nk bertanya dkt tempat main snow tu ada tempat utk melepak ke berdekatan tu.
ReplyDeleteWassalam, yup ada satu cafe kat sana jgn risau.
DeleteAssalam, nak tanya, kalau nak beli tiket bus dari narita airport ke osaka ada tak? dalam lingkungan berapa RM?
ReplyDeleteWassalam..kena pi stesen tokyo dulu baru naik bas dari sana untuk ke osaka.
Delete(bas setiap 4 jam/perjalanan selama 9 jam/harga 6000 yen,RM235)
bas dari narita airport ke tokyo station tu 1000 yen sja dalam RM40.
Assalam, nak tanya, kalau nak melancong dari kota kinabalu ke jepun, syarikat pelancongan apa yg boleh digunakan untuk mengurus segala urusan di sana seperti pengangkutan, makanan halal dan tempat tinggal?
ReplyDeleteWassalam tuan. itu saya tak pasti sebab kami buat itinerari sendiri ja jalan2 di sana.
Deleteassalam tuan nak tnya, saya plan pegi ke osaka tahun depan musim sakura..nk minta pandangan tiket flight pergi dalam rm600+ dan balik dalm rm700+ tu kira mahal atau standard rate ye.
ReplyDeleteJR Pass tu efektif pada tarikh kita tiba di japan atau mcm mana. saya plan ada di japan dalam 10hari..tapi JR Pass yg ada utk 7hari then 14hari..mohon advise.
harga tiket flight bergantung airlines mana kita naik. kalau air asia kira mahal la jugak sbb pernah nampak paling murah rm600++ utk return. MAS airline kira murah dah tu. cuba try bandingkan harga dgn vietnam airlines jga.
DeleteJR pass boleh je apply kat sana. untuk penjimatan,jalan2 dulu sekitar bandar dalam 3 hari lepas tu baru apply JR pass 10 hari tu.
Ada ye pakej bas hop on/off sehari di fuji kawaguchiko?
ReplyDeleteada..lebih murah berbanding tiket skali naik sbb byk tmpt menarik skitar ni..
Deletesalam. nak tanya, kalau dari haneda airport sebelah malam, mana lebih dekat untuk stay. plan next day tu nak pergi either:-
ReplyDelete1) MT FUji
2) Shibuya
3) Disneyland/Disneysea
mana lebih advisable yang dekat dengan haneda airport?
Wassalam..tokyo disneyland dgn shibuya dua2 x jauh dari haneda airport..dlm stgh jam perjalanan..terpulang pada puan nk stay mana..klu esoknya nk ke disneyland utk sehari dan xnk buang masa better stayarea bdekatan sna..
DeleteSalam abang sabahan traveler haha hai,hmm saya nak tanya sikit as a student kan macam mana eh abang saving duit then pergi travel ada tips tak? 👉👈
ReplyDeletewassalam..haha..saya under scholarship..slalu save duit la jgak..
DeleteSya cadang nk ke Tokyo Disember ini.JR Wide Tokyo Pass 3 hari unlimited tu boleh guna untuk ke tmpt2 ini tak?
ReplyDelete1.Pergi Balik Haneda Airport - Tokyo City
2.Pacifico Yokohama
3.Mt.Fuji
4.Gala Yuwaza
3 hari means 3 days berturutan atau any 3 days.Harap dpt bntu..tqtq
Semua tempat yg di mention boleh guna JR tokyo wide pass. Boleh beli kat airport Haneda sebaik landing. 3 hari means 3 hari berturutan bermula dari hari pertama yg kita guna.
DeleteTqvm
DeleteBoleh suggest area mana yg sesuai untuk stay di Tokyo?Area yg dekat tempat shopping,dekat n mudah dpt public transport,makanan
Deletebagi saya, area Ueno atau shibuya tmpt paling sesuai utk tggal di Tokyo. mostly restoran halal dekat area ni. dkt Ueno shopping street ada bberapa kedai halal yg affordable. shibuya lebih kpd restoran yg high class sikit. kalau nk shopping, area akihabara/shinjuku pun okay.
Deletesalam... saya nk bertanya.. agak2 1-7 disember .. kawasan gunung fuji tu dah ada salji ke blm ye.. 😊 terima kasih..
ReplyDeletewasssalam.. yup, biasanya kat atas puncak ada salji dah waktu tu.
DeleteBoleh saya tanya....perbelanjaan duit tren utk 3 hari berapa ye guna posmo card tu...mcm tng kan card tu...
ReplyDeleteCkup ke kalau sya bawa 1k sahaja utk jalan duit tren dan beli souveniour jer
Delete