19 September 2016

20 Benda Penting untuk Dibawa Travel ke Luar Negara




Dalam dunia ni, siapa yang tidak suka travel kan? lagi2 di Malaysia di mana travel ke luar negara ibarat satu trend masa kini. Sama ada travel cara bajet(murah), sederhana,luxury atau pakej tour semuanya terpulang pada kita. 

Tips saya untuk plan travel senang saja. Ada duit lebih dan cuti, rancang destinasi dan beli tiket flight dahulu. Itinerari buat kemudian.

Okey, Jadi di sini saya listkan benda penting yg perlu dibawa sebelum travel ke luar negara melalui pengalaman saya.

Ni boleh jadi panduan untuk re-check barang-barang satu hari sebelum travel.

(1) PASSPORT.

  • Sudah nama travel, passport kena lah ada. jangan bawa I/C sudahhh.
  • Please update gambar passport yang latest untuk memudahkan urusan perlepasan imigresen.
  • Harga passport untuk dewasa umur 13-59 tahun RM200 dengan tempoh selamat 5 tahun. Manakala kanak2,dewasa umur atas 60 tahun,jemaah haji RM100. Dan OKU pula percuma.

(2) VISA.

  • For your information, ada 164 negara yg Malaysia boleh travel tanpa visa atau visa on arrival. So, sangat rugi kalau kita sbg rakyat malaysia tidak gunakan peluang berharga ni.
  • Sebelum,memilih destinasi check betul2 negara yang kita ingin travel sama ada perlu visa atau tidak. Just google it....
  • Contohnya, dalam banyak negara2 Balkan,ada satu negara yg malaysian perlu visa untuk masuk iaitu Serbia.
  • Certain countries boleh dapat visa on arrival. Contohnya, negara Azerbaijan dgn bayaran 20USD.

(3) DUIT LUAR NEGARA.

  • Kalau tiada pertukaran duit negara tu, boleh tukar ke Euro € atau USD $ dahulu kemudian tukar sebaik tiba di negara tersebut. Tapi tolong elakkan tukar di airport/stesen bas biasanya dorang akan ambil untung dan rate rendah banding money exchanger di bandar. Boleh tukar sedikit wang dulu untuk tambang ke bandar.

(4) ITINERARI.

  • Elakkan buat trip main redah sebab kamu hanya akan banyak membuang masa di sana.
  • Bagi saya, perkara penting yang wajib ada dalam itinerari ialah jadual kalendar mengikut hari dan must visit places(termasuk cara ke sana,enterance fee & opening hours). Kalau letak jadual bus/train, tempat tinggal, restoran/makanan halal,dan masjid berdekatan lagi bagus.

(5) BAHASA.

  • Language barrier adalah antara masalah yg bakal dihadapi di luar negara lagi2 negara yg bukan menggunakan english sebagai bahasa kedua.
  • Boleh download offline google translate di Handphone.
  • Juga boleh sediakan language guide sendiri. sediakan hello?Okay?thank you?you're welcome?how much? numbers? where is bus train station/mosque/airport/toilet/halal restaurant? 

(6) CUACA DAN MUSIM.

  • Please alert dengan cuaca dan musim untuk tempat tu.
  • For example, bulan 6 di Europe/north asia(Korea,China,Japan) adalah summer dan di australia/new zealand adalah winter. 
  • Dan kebiasaanya,summer mempunyai jangka masa siang yg panjang. Bulan 8-9 di europe pula merupakan musim hujan.Ini untuk mudahkan kita sediakan pakaian yg perlu dibawa mengikut cuacs&musim. Winter=baju tebal. Summer=baju nipis. TAPI,jangan tertipu dgn musim di europe. Walaupun musim summer, please prepare at least satu jacket memandangkan angin malam yg sejuk.

(7) BEG.

  •  Tidak kira lah mahu bawa style backpack atau luggage itu terpulang yang penting boleh simpan barang
  • Antara jenama backpack yang famous untuk travelling termasuk deuter, osprey,tortuga,etc... Beli yang at least 40 litre ke atas.

(8) LUGGAGE STORAGE DAN LOCKER.

  • Benda ni penting bila kita plan untuk spend masa yg singkat di sesuatu tempat tanpa book hostel/hotel. Kebiasaanya ada di setiap airport & bus train station.

(9) KASUT TRAVELLING/HIKING.

  • Lumrah bagi seorang traveller akan banyak berjalan. So, benda ni memang wajib dibawa. Cari kasut yang tapak tebal, berkualiti dan tahan lama.

(10)  KEPERLUAN HARIAN.

Sebenarnya Bergantung. Tapi saya ambil contoh kalau travel untuk masa seminggu.
  • Baju. (3 helai. Lagipun boleh beli baru time travel)
  • Seluar. (2 helai. Satu jeans/slacks & seluar sukan)
  • stokin. (2 helai.lebih pun okay)
  • underwear. (Depends on you,5 helai maybe?)
  • essential toiletries (shampoo,sabun,berus gigi,ubat gigi)
  • UNIVERSAL PLUG (Different country,different style of plug.For example, eastern europe use 2 pin plugs.


(11) KEPERLUAN SOLAT.

  • Sejadah.
  • Kain pelikat. (Boleh guna untuk selimut)
  • Waktu solat di setiap tempat.
  • Kompas kiblat.
Kalau kamu orang islam, jagalah solat kamu sepanjang travel. Allah akan permudahkan segala urusan kamu. We plan, but Allah is the best planner.

(12) MAKANAN SEGERA.

  • Khas untuk yang bajet atau akan travel ke negara yg susah untuk mencari makanan halal. Seperti biasa, makanan pilihan org Malaysia ialah  Maggi/serunding/ makanan segera pak brahim's.


(13) BEG KECIL/PORCH.

  • Beg yg at least dapat muat passport, dompet, kamera, dan handphone. sangat penting bila kita rancang untuk simpan beg besar di hotel/luggage storage. Jadi tidak perlulah bawa beg berat2 jalan satu bandar.


(14) SLEEPING BAG.

  • Kalau kamu jenis yang bajet, benda ni penting in case kalau tidur di bas stesen atau airport. Dan boleh juga jadi bantal kedua bila di hostel.


(15) KAD KREDIT/DEBIT.

  • Penting untuk book tiket bus/train in advance. Biasanya lebih murah kalau beli online. For example, untuk perjalanan di eropah kebanyakan perlu book awal takut tiket sold out. Apa2 pun, depends on musim. Musim summer di eropah( jun-ogos) merupakan musim cuti di eropah dan sangat ramai yg menggunakan bus & train untuk percutian mereka.
  • Juga untuk book hostel. Hostel tdk perlu book awal sangat. Satu hari sebelum atau on that day juga okay. Saya prefer book melalui booking.com sebab hostel murah tdk perlu debit/kad kredit. Cuma bayar cash sebaik sampai di hostel.
  • and ofcourse ATM untuk yang takut bawa duit banyak2 ke luar negara.
  • Sebelum travel, Aktifkan dahulu kad debit anda untuk kegunaan di luar negara. boleh call no. talian bank kad anda. 



(16)KAD PELAJAR.

  • Yes, benda ni sangat penting. Kadang2 boleh dapat diskaun gila2. 
  • Saya bagi contoh, enterance fee untuk dubrovnik city walls,Croatia harga adults adalah 110 kuna(15 euro) . Dengan adanya kad ajaib ini, saya cuma bayar 30kuna(4 euro). How cool is that?




(17) OFFLINE MAPS.

  • Boleh download apps  maps.me atau download offline maps daripada google maps. Sangat2 membantu bila tersesat.
  • Dan sebaik sahaja sampai ke negara tersebut, saya galakkan anda 



(18) KEDUTAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EMBASSY)

  •  sediakan EMEL,ALAMAT,dan NO TELEFON malaysian embassy untuk setiap negara yg kita akan travel.

    Jika ada kecemasan sebagai contoh passport hilang, embassy negara kita yg akan tolong anda. Please jangan lupa sebelum ke luar negara, EMELKAN DOKUMEN PENGENALAN DIRI ANDA (PASSPORT & I/C).


(19) UBAT.

  • Kalau anda mempunyai penyakit seperti kencing manis/darah tinggi/asthma, minta nasihat daripada doktor sebelum anda mulakan perjalanan anda. 
  • bawa plaster atau panadol sebagai persediaan untuk di negara luar.


(20LASTLY. FIZIKAL DAN MENTAL.

  • Yes, kita kena sediakan fizikal dan mental yg kuat untuk travel. Tidak dinafikan, walaupun kita sudah berhati2 tapi mesti ada saja ujian yg menimpa kita. Ingat bahawa Allah tidak akan menguji hambanya melainkan kemampuannya. Sentiasa sedia dalam apa jua masalah yg bakal dihadapi. Just relax, cool, & go with the flow.




Thank you for reading dan selamat mengembara ke seluruh pelusuk dunia!

3 comments:

  1. Kad pelajar university dalam malaysia bleh guna jugak eh kat oversea? Sbb selalunya drg accept european student card je..

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jaa..tapi biasanya kalau yg cuma terima kad student europe tu dorang da tulis notis awal2 kat enterance..

      Delete
  2. Hai semua! 😍 .




    Nak pergi luar negara? Tapi takut susah nak dapat makanan yang sedap dan kena dengan tekak? Atau tak sempat nak masak. Kami ada solusinya.


    SMS/CALL – 013 6180 665
    Like FB : https://www.facebook.com/SGCPUNCAKALAM/
    Wasap : wasap.my/60136180665/SG






    🌺 Sambal Garing / Serunding yang wajib ada di meja makan!




    🌺 Sambal / Serunding sedia dimakan (ready to eat). Boleh dimakan dengan apa sahaja seperti nasi, roti, bubur...atau nak ratah macam tu sahaja pon boleh!




    🌺 Tak perlu simpan dalam peti ais. Tanpa bahan pengawet. Produk halal muslim dan bumiputera.




    🌺 Sambal yang tidak terlalu pedas dan extra ikan bilis yang rangup..bila makan, krup krap krup krap ohh nikmatnyaa!




    Harga pos pun kita bagi harga BEST dan packaging yang SELAMAT & SECURE sebab kami ejen pos. Boleh pos oversea jugak.




    0136180665
    wasap.my/60136180665/SG
    wasap.my/60136180665/SG
    wasap.my/60136180665/SG

    ReplyDelete